2.1 Komponen Rangkaian
Perkakasan rangkaian
komputer terdiri daripada :
2.1.1 Kabel rangkaian
2.1.2 Kad antaramuka rangkaian
(NIC)
2.1.3 Hab
2.1.4 Suis (Switch)
2.1.5 Modem
2.1.6 Penghala (Router)
2.1.7 Titik pusat tanpa wayar
(Wireless Access point)
Contoh Perkakasan Komputer
2.1.1 Kabel Rangkaian dan RJ45
Rajah 2.1.1: Kabel RJ45
●
Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti
dan sambungan ke rangkaian internet.
●
Adalah perkakasan yang digunakan
untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara
berwayar.
Rajah 2.1. 2: Kad Antaramuka Rangkaian
●
Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh
komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
●
Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses
rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
●
Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
●
Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi
bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.
2.1.3 Hab
Rajah 2.1.3: Hab
●
Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer
dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
●
Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian,
data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam
rangkaian boleh menerima data berkenaan.
●
Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel
- kabel dalam sesebuah rangkaian.
●
Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini
seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah
diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.
●
Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa
penghantaran data kepada destinasinya.
2.1.5 Modem
Rajah 2.1.5: Modem
●
Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon
atau kabel.
●
Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke
isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.
2.1.6 Penghala
(Router)
Rajah 2.1.6 : Penghala
●
Penghala membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang
lain.
●
Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua
atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
●
Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan penyampaian data melalui laluan yang terbaik.
Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.Kini,
teknologi penghala telah berkembang dan
semakin maju di mana penghala, modem dan suis telah digabungkan di dalam satu
komponen. Ini lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja
yang terdiri daripada ketiga-tiga kompenen tersebut.
Rajah 2.1.6.: Penghala (Wireless N-150 ADSL2+ 4-Port Router All
in One)
2.1.7 Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access
point)
Rajah 2.1.7: Titik pusat
tanpa wayar
●
Alat ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu
rangkaian tanpa wayar.
●
Alat ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai
pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah
rangkaian.
●
Alat ini berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada
peranti-peranti lain.
●
Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat
sambungan ke internet. Ia perlu disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk
menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.
Perbezaan Antara Hab Dan Suis
Perbezaan Antara Hab Dan Suis
Perbezaan
utama di antara hab dan suis adalah cara di mana mereka berhubung dengan
rangkaian.
●
Hab menghantar data ke semua peranti dan penerima yang terdapat di
dalam sebuah rangkaian.
|
●
Suis mempunyai keupayaan yang mampu menyimpan alamat semua peranti
yang disambungkan kepadanya.
|
●
Keselamatan data biasanya terjejas kerana semua peranti penerima dalam
rangkaian boleh menerima semua data yang dihantar oleh hab.
|
●
Suis dapat mengesan peranti yang bersambung dengannya dan menghantar
data hanya kepada peranti yang dikehendaki dengan lebih pantas.
|
●
Hab menghantar data ke semua peranti, maka hal ini akan memperlahankan
penyampaian data kerana kesesakan dalam jalur lebarnya.
|
●
Suis lebih pintar berbanding hab. Suis yang mempunyai kelajuan 10 mbps
mampu mengagihkan 10 mbps ke setiap port yang ada.
|
●
Hab lebih murah berbanding suis.
|
●
Suis lebih mahal berbanding hab.
|
2.2 Medium Rangkaian Wayar Dan Tanpa Wayar
Rangkaian komputer
bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara
fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu
sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat
dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel,
gelombang radio, pancar infra merah atau satelit. Medium rangkaian terdiri
daripada medium rangkaian wayar dan tanpa wayar.
2.2.1 Medium rangkaian
wayar
Kabel rangkaian masih
digunakan sebagai media penghantaran untuk pemindahan data dalam rangkaian.
Terdapat beberapa jenis kabel rangkaian yang biasa digunakan.
2.2.1.1
Kabel sepaksi tebal (thick
coaxial cable)
Rajah 2.2.1.1: Kabel Sepaksi Tebal
Digunakan untuk jarak yang
jauh. Panjang maksima segmen ialah 500 meter. Piawaian untuk kabel ini ialah
10Base5.
2.2.1.2
Kabel sepaksi nipis (thin
coaxial cable)
Rajah 2.2.1.2 : Kabel Sepaksi Nipis
Digunakan untuk jarak yang
pendek dengan panjang maksimum segmen 185m. Piawaian untuk kabel ini ialah
10Base2.
2.2.1.3
Kabel pasangan terpiuh
(twisted-pair cable)
Rajah 2.2.1.3: Kabel pasangan terpiuh
Jenis kabel ini
diklasifikasikan mengikut kategori yang ditetapkan oleh EIA/TIA (Electronic Industry
Association/Telecommunication Industry Association). Cat 5, Cat 5e dan Cat 6
merupakan jenis kabel yang digunakan untuk rangkaian Ethernet.
2.2.1.4
Pasangan terpiuh tidak
bertebat (unshielded-twisted pair)
Rajah 2.2.1.4: Kabel pasangan terpiuh tidak bertebat
Kos yang rendah dan mudah
terpengaruh dengan gangguan daripada radio dan peralatan elektrik yang
berdekatan.
2.2.1.5
Pasangan terpiuh bertebat
(shieled-twisted pair)
Rajah 2.2.1.5: Kabel pasangan terpiuh bertebat
Lebih sesuai digunakan di
tempat yang terdapat gangguan elektrik berbanding kabel terpiuh tidak bertebat.
2.2.1.6
Kabel gentian optik (Fiber
Optic Cable)
Rajah
2.2.1.6: Kabel gentian optik
Kabel gentian optik dapat
menghantar data dengan lebih laju dan jarak yang lebih jauh berbanding kabel
sepaksi dan kabel pasangan terpiuh. Ia lebih sukar dipasang berbanding dengan
kabel kuprum
2.2.2 Medium Rangkaian Tanpa Wayar
Hanya peralatan yang telah melepasi ujian Wi-Fi Alliance® dibenarkan
menggunakan logo yang dikeluarkan oleh mereka.
Rajah 2.2.2.1: Logo Wi-Fi
Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti
berikut:
●
Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa
wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.
●
Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa wayar ialah
perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung
secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau
jarak yang sangat jauh.
Penggunaan Wi-Fi adalah
merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan
jalur lebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang di
pasang di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak
serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Terdapat dua jenis topologi
rangkaian tanpa wayar iaitu peer-to-peer
dan client-server. Dalam rangkaian
tanpa wayar, peer-to-peer rangkaian
akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih
mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar, client-server pula, terdapat titik
capaian (access point) untuk
membolehkan komputer menerima dan menghantar data menerusi titik ini kepada
semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.
Terdapat empat jenis
rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan mengikut kelajuan capaian
rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya.
i.
Bluetooth
ii.
IrDA
iii.
HomeRF (SWAP)
iv.
Wi-Fi
Bluetooth
Teknologi ini tidak
digunakan secara meluas dan ia tidak mampu menggantikan rangkaian berkelajuan
tinggi di antara komputer. Bluetooth
berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan
telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth
dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengandungi sekurang-kurangnya
dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth
dalam rangkaiannya. Bluetooth
mempunyai pelbagai versi yang berbeza dari segi jarak dan juga kelajuannya. Bluetooth 1.2 mempunyai jarak maksima 10
meter (30 kaki) dan kelajuan sehingga 1 Mbps. Bluethooth 1.2 menggunakan
isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan Wifi.
IrDA
IrDA (Inframerah) adalah
sebuah piawaian untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah.
Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps
di samping bergerak dalam aliran yang lurus.
SWAP
HomeRF (RF atau Radio
Frequency) telah mewujudkan satu piawaian yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam
saluran suara berdasarkan kepada standard Digital
Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan
memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah
gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.
Wi-Fi
Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) yang kini dikenali
sebagai Wi-Fi Alliance telah
mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity)
sebagai alternatif kepada SWAP. la
serasi dengan salah satu spesifikasi IEEE 802.11, iaitu IEEE 802.11b. Dengan
keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11
Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi kelajuan ini tidak tetap
dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun Wi-Fi
tetap stabil dan mampu memberikan sokongan yang baik kepada rangkaian.
Selain daripada IEEE
802.11b, terdapat set-set spesifikasi yang lain seperti 802.11a, 802.11g,
802.11n dan 802.11ac.
Rajah 2.2.2.2 : Rangkaian
berwayar
Rajah
2.2.2.3: Gabungan rangkaian wayar dan
rangkaian tanpa wayar
Sistem Pengendalian
Rangkaian (NOS) merujuk kepada perisian yang melaksanakan sistem pengoperasian
ke atas rangkaian komputer.
Fungsi Sistem Pengendalian
Rangkaian:
1.
Membolehkan
pelayan menguruskan data, pengguna, kumpulan, keselamatan, aplikasi dan
lain-lain fungsi rangkaian.
2.
Membenarkan
perkongsian fail/maklumat dan akses pencetak oleh pengguna dalam rangkaian.
3.
Mengawal
dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di dalam
rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertindak sebagai pengarah untuk
memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berfungsi dengan sempurna dan
sistematik.
Contoh Sistem Pengendalian
Rangkaian :
1.
Rakan ke Rakan (Peer to
Peer):
2.
Pelanggan-Pelayan
(Client-Server):
No comments:
Post a Comment